Street Food Buffet Festival
PERTAMA DI MALAYSIA
MAHA BUFFET
Tempat terbaik untuk menikmati pengalaman berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan! Dengan pelbagai kelebihan yang kami tawarkan, anda pasti akan merasa puas dan terhibur dengan hidangan dan pengalaman yang kami sediakan.
MAHA BUFFET diadakan di dewan yang luas yang mampu menampung sehingga 1500 orang pada satu-satu masa untuk menikmati hidangan lazat yang disajikan dengan pelbagai hidangan yang memikat selera dan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga
Ketika menikmati juadah makanan yang pelbagai, keadaan persekitaran sangat penting untuk keselesaan anda sekeluarga. Jadi kami memastikan dewan kami disediakan dengan sistem penyejuk udara yang cekap dan berkesan, membuatkan anda berasa selesa dan tenang sepanjang makan.
Kami memahami bahawa mencari tempat letak kereta menjadi satu masalah semasa mencari restoran. Oleh itu, MAHA BUFFET menyediakan parking yang banyak dan percuma untuk keselesaan anda.
Duduk dan nikmati hiburan secara LIVE oleh kumpulan nasyid terkenal tanahair sementara anda menikmati juadah berbuka. Alunan lagu yang bakal dimainkan pasti memukau dan menggamit nostalgia bersama insan tercinta.
Selain dari keterujaan deretan makanan dan aktiviti yang menyeronokkan, aspek kerohanian juga antara yang menjadi fokus kami dengan menjemput pendakwah-pendakwah terkenal untuk memenuhi slot sebelum berbuka.
Kami turut menyediakan ruang solat berjemaah yang selesa dan teratur bagi memudahkan ibadah anda dan keluarga. Tidak perlu anda berebut-rebut untuk ke tempat solat di luar.
Lebih dari 20 aktiviti untuk kanak-kanak dan dua mega site kids playzone untuk memastikan bahawa anak-anak anda merasa terhibur sepanjang masa.
(Klik butang PLAY di video di bawah)
Ada lebih 20 aktiviti untuk kanak-kanak
(Sila UNMUTE video di bawah)
Ibu bapa tak perlu lagi risau dan terganggu dengan anak-anak mereka kerana di sini, mereka akan sibuk bermain dengan pelbagai jenis permainan yang disediakan. Nikmatilah jamuan santapan dengan tenang dan gembira.
Jadi, tiada sebab untuk anak anda meragam bila berada di sini nanti.
Dengan pelbagai kelebihan yang dinyatakan di atas, MAHA BUFFET pasti adalah pilihan terbaik untuk anda berbuka puasa bersama keluarga dan teman-teman.
Harga yang ditunjukkan di atas adalah harga biasa yang ditawarkan oleh penyedia buffet yang lain.
Makan sampai kenyang, main sampai puas!